Friday, 23 December 2011



bab 1 



Angin yang kencang memaksa jendela melambai-lambai mengejutkan Nami . deru angin pada waktu itu sudah cukup menggambarkan sang hujan akan datang. di waktu subuh yang menggigilkan tubuh itu , Nami mengintai di celahan kekisi tingkap untuk melihat hujan yang menggila itu. Nami kegusaran adakah rakan- rakan sekelasnya hadir atau tidak ke sekolah, mulalah jari-jemari kecilnya memicit punat di telefon bimbitnya.
" wei, kau datang tak ? hujan ni " Nami menaip menghantar kepada Mieyah .
" aku datang ! kau datang juga la . Ilmu kot. walaupun hujan ilmu kat sekolah tu kita perlu pel0p0ri taw sematkan kat dada" . balas Mieyah .
" yela , aku datang .perghh ayat kau mmg tak b0leh dramatik lagi ke ha ? ilmu konon ! kau nak tatap 'ZN' kau tu cakap je la " nami segera membalas .
'ZN' nama singkatan untuk zahiril nizam pelajar juni0r yang menjadi kegilaan Mieyah kerana pers0nalitinya yang amat menarik , berkarisma serta mempunyai cara jalan yang tersendiri .
             Nami mengagahkan diri untuk bangun menyucikan diri di kamar mandi walaupun cuaca dingin itu membaham dirinya di subuh itu .
“perghh sejuk betul ni ,kalah k0rea ni kalau seharian sejuk macam ni memang sah la esok ada orang tempah keranda untuk aku ,” Nami bermonolog sendirian.
Selesai mandi Nami mengambil telekung yang di gantung rapi di dalam almarinya kemudian dia mengambil sejadah untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslimah.
            Sang suria yang senyum menjengahkan diri menerangi sekalian penduduk Malaysia . kehadiran sinaran sang suria menandakan  sang hujan mulai mengundur diri. Pada pagi itu Nami sudah siap untuk ke sekolah menaiki motor dihantar oleh bapanya. Dia menghirup udara nyaman pada pagi itu ,kicauan burung yang menyanyikan melodi indah membuatkan Nami mengukir senyuman. Sering kali fikirannya terganggu mengingati kembali jika ada buku yang mungkin tertinggal di rumah. Nami bukanlah seorang pelajar yang teliti , sering kali dia terlupa untuk membawa apa-apa yang di suruh oleh cikgu. Pernah dahulu sewaktu peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dia terlupa membawa set geometri untuk digunakan dalam peperiksaan geografi , nasibnya baik kerana rakan baiknya Fadz meminjamkannya.
             Sesampainya di sekolah, Nami melihat kebanyakkan pelajar menunjukkan muka masam mencuka menandakan kemalasan mereka bangun pagi untuk ke sekolah. Fenomena seperti ini sudah sebati dalam diri seorang pelajar. Nami meneruskan langkahnya, kedudukan kelasnya dengan pagar utama memakan masa 5 minit untuk sampai. Nami berjalan menyelusuri laluan Ibnu Sina. Laluan itu ialah lorong kecil yang menempatkan pelbagai jenis ilmu serta karya-karya kraftangan para pelajar yang ditempatkan di dalam almari.almari itu ditutupi dengan kaca,oleh itu dapatlah Nami melihat dirinya dari pemantulan cahaya kaca itu.
“ wah cantik juga beg aku ni , comel pula tu macam tuan dia,” Nami tersenyum.
Nami meneruskan langkah kakinya ke bangunan blok D dimana kelasnya di tempatkan.memandang kelas Nami berada di tingkat 3 maka dia mengagahkan dirinya untuk menaiki anak tangga.
“ aduh ,penatnya kenapalah sekolah tak buat eskelator ? kan senang tak payah aku temengah-mengah macam ni !,” rungut Nami.
Sesampainya ke tingkat 3 dia terpaksa berjalan lagi untuk sampai ke kelasnya. Sesampainya di kelas 4 anggerik dia melihat pelajar- pelajar junior sedang khusyuk membaca buku, bersebelahan kelas itu ialah kelas 5 anggerik kelas yang sungguh bising itulah kelas Nami.
“ perghh , beza kelas aku dengan kelas junior ni macam langit dengan bumi. Macam dorang pula yang nak SPM,tak sedar lagi ke budak-budak kelas aku ni ? , “ Nami berbisik sendiri.
               Nami memulakan langkahnya dengan kaki kanan memasuki kelasnya
“ Assalamualaikum,” Nami memberi salam.
“ wa’alaikumussalam,” jawab rakan – rakannya.
“ kau ni kan , selagi jam tak cecah 7.30 selagi tulah kau tak munculkan ,” sindir Intan.
“ alahai, hujan tu kena la datang lambat sikit ,” jawab Nami.
“ eh, mana mama kau ? elok la tu dua-dua sama je padahal rumah dekat je depan sekolah pulak ,” tanya mieyah .
MAMA . itulah gelaran yang diberikan kepada Syeda , kawan baik Nami sehinggakan mereka menggangap dia seperti mama Nami .
“ Mama aku tu , lambat sikit maklumlah nak datang sini bukan senang kena seberang sungai , naik bukit turun bukit jauhla kata kan ,”Nami menjawab.
“ amboi, amboi , sedap sungguh korang mengata aku ,” sergah syeda.
“ kitaorang ni bukan mengata kau tapi menghina je ,” sambung Mieyah.
Nami dan rakan-rakannya tertawa. Nami dan Syeda mengangkat kerusi untuk turut duduk bersama
di meja mieyah, peja , Intan dan Iena. Setiap pagi sebelum guru matapelajaran pertama masuk mereka akan bercerita tentang isu-isu semasa ataupun cerita-cerita mereka kemudian tertawa. Itulah zaman remaja yang penuh dengan keseronokan.
“ wei korang, aku tengok budak-budak 4 anggerik tu focus betul study je dorang ,macam dorang pula yang nak SPM kita ni bila lagi nak sedar ha ?  ,” kata Nami
“ tu lah aku kadang-kadang terfikir juga. Tapi bila nak buka buku je , terus peta zimbabwe aku buatespecially subjek sejarah memang jadi bed time story la untuk aku ,” Syeda menjawab.
“ herm, samalah dengan aku , baru tatap cover buku dah sleeping beauty dah .” sambung Intan.
“ tapi kes aku lain sikit, aku lagi hebat la dari korang baru pegang buku , aku tutup lepas tu aku tido ,” jawab Mieyah.
“ wei, tu dua kali lima je dengan kitorang ,” Intan menyampuk.
“kau lak Peja ?,” Nami bertanya.
“ aku ? aku tak payah pegang , tatap atau baca balik rumah je aku terus tidur,” jawab Peja.
“kau ni nak SPM ke nak UPSR Peja ?, “ sindir Mieyah.
“ aku rasa kita patut guna kesempatan ni untuk ulangkaji memandangkan cikgu Zainatul pun tak datang, cuba korang tengok Awe dengan Nadya tu cikgu tak ada pun dorang still belajar,” Nami menunjuk ke arah Awe dan Nadya.
so apa lagi jom start ,bilakah Jepun menyerah kalah dan tinggalkan Tanah Melayu ?,” soal Mieyah.
“ tahun 1994,” Intan menjawab dengan tertawa.
“kau ni memang genius kan ? patutlah Sejarah selalu dapat A+ , jawapannya 1945 la ,” sindir mieyah.
“ okay ,biologi pula bila kita bernafas tanpa oksigen yang mencukupi  especially bila berlari apakah produk yang dihasilkan selain tenaga dan karbon dioksida?,” tanya Nami.
“ er ,er pass soalan lain ,” Intan berdalih.
“boleh pulak main pass, pass kau ingat ni game show ke ha ?aku rasa asid laktik kot, sebab semalam aku ada juga terselak buku bio terbaca la sikit-sikit,” Syeda menjawab.
“ ha, betul , betul pandai la kau ni Syeda !, “ Nami memuji.
Sedang mereka bersoal jawab tiba – tiba mereka disergah oleh Bobo.Bobo seorang pelajar lelaki yang berbadan gempal dan suka mengusik pelajar-pelajar perempuan kelas 5 Anggerik.
“ fuyooh, korang study ke ?macam tak percayalah, selalukan tiap-tiap pagi korang buka kedai kopi,” sindir Bobo.
“hei, Bobo kalau kau tak nak aku sedut lemak kau baik kau diam,” jawab Intan.
“eloklah, kurus sikit aku,” Bobo mengejek.
“kau ni kan, kitorang dapat hidayah ni patut kau bersyukur , jom belajar dengan kitorang,” Syeda mengajak.
“ terima kasih je la, daripada aku belajar dengan korang baik belajar dengan orang lain banyak sikit ilmu aku dapat,” Bobo mengejek.
“ kalau begitu dipersilakan berambus wahai putera boyot hilang ilmu aku kau ada kat sini ,sehari tak kacau orang tak sah kan ,patut la makin hari makin gendut,” Mieyah ketawa.
“kau cakap baik-baik sikit Mieyah , kalau aku kurus nanti , kau merayu-rayu nak kat aku jangan harap aku layan,” jawab Bobo.
“perghhh, tinggi sungguh impian kau Bobo , setinggi Gunung Everest ,” sindir Nami.
Bobo kehilangan kata , lalu dia mengambil buku Biologi Peja dan terus lari. Peja mengejar Bobo. Seluruh isi kelas 5 Anggerik tertawa melihat mereka berkejar-kejaran. Di sebalik tawa yang menggegarkan kelas mereka itu terselindung kesedihan di tiap baris tawa mereka . Adakah saat-saat gembira seperti ini akan sentiasa menemani mereka menjalani ranjau kehidupan ini kerana setiap perkara didunia ini pasti mengalami perubahan. Hidup juga akan menjadi lebih indah jika setiap perkara yang dianggap perlu dapat dikekalkan namun semua itu terbatas kerana wujudnya peredaran waktu.

Thursday, 22 December 2011

puisi : Kenangan itu ;)


walaupun kita semua berbeza 
Tatkala kenangan di cipta dikala sang hujan muncul ;)
tp kita sentiasa melihat langit yang sama 
merasai deru angin yang sama,
memejam mata menggamit setiap mem0ri indah 
dan merasai ketenangannya 
namun 
semua itu tidak mampu untuk 
menghapuskan walaupun setitis air mata 
kerana ianya hanyalah ilusi ciptaan semata - mata 

mengapa yang indah berlalu sekejap saja
dapat aku lihat
memori itu beterbangan di langit nan biru
ingin ku capai tapi angin itu
lebih pantas dariku melarikan memori itu
disaat itu kita tertawa bersama
berkongsi cerita sedih dan jenaka
memegang erat tangan
membentuk bulatan persahabatan
melompat keriangan dalam gerimis hujan
tertawa riang tatkala butir-butir hujan
jatuh menimpa tubuh kita
di situ juga terpahat kenangan indah
di teratak usang itu

tatkala melihat mereka tertawa
aku mengukir senyuman
kerna aku ingin menghargai
setiap baris tawa mereka
ketika itu juga
aku menangis dalam ketawa
menghitung hari menanti saat perpisahan aku dan mereka
yang hayatnya tinggal sejengkal nyalaan lilin
kini mengingati memori itu
memerlukan frekuensi ketabahan yang tinggi
menghalang mataku
melahirkan butiran air mata lagi.